Follow arh ... blog ni nanti aku nak delete .. apa 2 nanti dalam new blog ^_^
Monday, 30 December 2013
Friday, 25 October 2013
Petua nak hilangkan batuk...
Assalamualaikum wbt sahabat akhirat sekalian...:)
Petuanya ialah...madu satu sudu besar dan sedikit perahan lemon...
Sebelum nak makan tu..baca selawat 3x..
Senangkan ??? Syafakallahulakum..:) Semoga Allah Redho
# 1 sudu besar - Orang dewasa
Petua untuk melawaskan kencing @ sembelit
Assalamualaikum wbt sahabat akhiratku...:)
okay, petua kali ni pun diajar oleh tuan guru al faqir yang bernama al mukarrom ustaz kasim bin ibrahim...tuan guru berkata masalah2 yang begini sebenarnya di dalam islam ialah kerana syaitan menghalang laluan najis untuk keluar...cara untuk memulihkan ia...adalah dgn beramal dengan surotul a'la :

Selamat beramal ya...baca la setiap kali kalaw rasa sakit tu...Syafakallahulahulakum :) Semoga Allah redho...
Thursday, 24 October 2013
Petua Nak Hentikan Darah Haid @ Nifas @ Istihadhoh untuk sementara @ tangguhkan waktu haid...
Assalamualaikum wbt sahabat akhiratku :)..okay..bagi al faqir la..antara bab paling susah dalam ilmu fiqh ni..bab darah wanita..fuhhh~~mmg pening la...al faqir yg perempuan ni pun kdg2 tu konpius..*harap maklum al faqir ni kakak kepada tuan empunya blog..dia yg mintak al faqir jaga blog dia nie..hehehee..tuan empunya ni sekarang tengah berjihad untuk menghafaz al quran di salah sebuah madrasah di melaka..insyaAllah..Moga Allah redho...okay..sambung balik cerita..perempuan ni ada darah haid, istihadhoh, wiladah dan nifas..okay petua yg al faqir bagi kali ni adalah tentang macam mana nak bagi darah yg keluar melimpah limpah tu berenti seketika..yg kaum hawa paham la ya..atau pun kita nak tangguhkan masa haid kita..contoh jika seorang perempuan memang setiap kali 15 hari suci..dan hari 16 mesti kluar darah...memamg teratur la pusingan haid dia..tapi kali ni dia xmao darah tu keluar tepat pada tarikh yang dijangka..*mungkin dia nak mengejakan umrah @ sebagainya..okay petuanya ialah...kira2 dalam seminggu@ 2 minggu tarikh yg dijangka haid tu..sila la amalkan membaca:
Amalan ni diajar oleh tuan guru al faqir yang bernama Al Mukarrom Ustaz Kasim bin Ibrahim Hafizahullah...okay..Selamat Beramal lah ya..Semoga Allah redho kita semua :)
Wednesday, 23 October 2013
Petua Jika Bayi Songsang dari Tok Guruku Al Mukarrom Ustaz Kasim bin Ibrahim...
Assalamualaikum wbt semua..okay kali ni al faqir nak kongsi sikit la petua dari tuan guru al faqir...untuk pengetahuan semua..tuan guru al faqir yg bernama Ustaz Kasim ni memang pandai dalam perubatan islam...tuan guru al faqir ajar..kalaw bayi dalam perut dalam keadaan songsang..maksudnya kepala baby tu kt atas kaki kat bawah...okay..petuanya...
# Baca selawat fatih 11x dan tiupkan pada air..kemudian minum..insyaAllah nanti baby tu akan pusing turunkan kepala ke bawah...jgn la buat skali je lps tu nak hasil...buat la banyak kali :)..Moga menjadi yaaa...Aaaminnn..Moga Allah redho..:)

Friday, 18 October 2013
Pencarian Sponsor Giveaway 2014
Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah untuk entry ini. Okay saya bercadang nak buat giveaway untuk kali yang pertamanya. Hihihi so ada yang sudi nak jadi sponsor? Rasenya semua dah tahu ape kelebihan jadi sponsor kan? Okay sebelum nak jadi sponsor tu saya nak memberi peringatan kepada semua para sponsor supaya menjadi sponsor yang jujur. Setakat nak sponsor barang yang meletop-letop tapi hasilnya barang tak sampai kat para pemenang baik lupakan ye. Menang tapi barang tak sampai kat rumah Hampeh, So saya taknak lah para pemenang saya kena tipu. Kalau ade yang tipu nanti. Watchout ye! Gua spam chatbox lu. Hehehe Harap-harap takda ye. :-)
BARANG YANG BOLEH DISPONSOR
BARANG YANG BOLEH DISPONSOR
- Barangan pos ( baju/skirt/tudung/brooch/bag/notebook/craft/Buku atau ape-ape je)
-Top Up
- Wang Tunai
- Voucher
- Edit blog/doodle/header
BERMINAT MENJADI SPONSOR?
HANTARKAN DETAILS SEPERTI YANG BERIKUT :
- Nama
- Barang yang ingin di sponsor
- Untuk berapa pemenang
- Gambar barang yang hendak disponsor
- Url Blog
- Url Fanpage
- Url Blog
- Url Fanpage
KE SINI ---- >https://www.facebook.com/qamarians
KELEBIHAN SPONSOR
- Bilangan likers page/followers blog akan bertambah
- dapat mengeratkan silaturrahim sesama rakan blogger
- I will try to review para sponsor kalau ade masa nanti.
- Dapat menaikkan traffic blog.
- Dapat menaikkan traffic blog.
SYARAT YANG DITERIMA
- Follow blog
- Follow fanpage
- Follow fanpage
- Follow twitter P/s : Yang lain tak diterima ye. Maaf
P/s : Pencarian bilangan sponsor sehingga saya sendiri puas hati. Hehehe
P/s : Pencarian bilangan sponsor sehingga saya sendiri puas hati. Hehehe
Thursday, 17 October 2013
Wednesday, 16 October 2013
Biografi Syeikh Ahmad Deedat
Ahmad Hoosen Deedat atau lebih dikenali sebagai Syeikh Ahmad Deedat ataupun Syeikh Deedat dilahirkan pada 1 Julai 1918 di daerah Surat di India. Beliau bersama keluarga telah berpindah ke Afrika Selatan pada tahun 1927 di mana beliau mendirikan institut pengajian Islam pertama di Afrika Selatan. Beliau juga telah memegang jawatan presiden bagi IPCI (Islamic Propagation Centre International) yang meletakkan misi untuk menyebarluaskan mesej Islam ke seluruh dunia sebagai matlamat utama.
Sepanjang hayat dakwah beliau, Syeikh Deedat telah menghasilkan 20 buah buku yang telah diterjemahkan ke ratusan bahasa. Syarahan pertama beliau diberi tajuk “Muhammad (pbuh): Messenger of Peace”. Dari syarahan yang hanya sekadar didengari oleh 15 orang, pengikut Syeikh Deedat bertambah dan semakin bertambah mencapai angka jutaan. Syekh Deedat paling dikenali melalui sesi debat beliau dengan seorang paderi terkemuka Amerika, Jimmy Swaggart. Debat bertajuk “Is The Bible the Word of God” ini berlangsung di hadapan 8000 orang hadirin.
Di kalangan masyarakat Barat, Syeikh Deedat lebih dikenali sebagai seorang ulamak Bible berbanding ulamak Islam. Hal ini disebabkan pengetahuan beliau yang sangat mendalam mengenai bible. Melalui dakwahnya, Syeikh Deedat lebih banyak menggunakan Bible dalam berhujah terutamanya apabila berdepan dengan paderi-paderi Kristian. Pendekatan ini digunakan Syeikh Deedat adalah kerana sikap paderi-paderi Kristian yang umumnya enggan mengiktiraf sumber selain dari Bible.
Pada 3 Mei 1996, Syeikh Deedat telah diuji Allah s.w.t dengan penyakit lumpuh. Oleh yang demikian, Syeikh Deedat telah hilang kemampuan untuk bergerak dan bercakap. Dengan hanya berbekalkan keupayaannya untuk menggerak mata, Syeikh Deedat meneruskan hayatnya sehinggalah Tuhan menjemputnya pada 8 Ogos 2005. Saat-saat hidupnya digunakan hanya-sanya untuk dakwah Islam. Usaha Syeikh Deedat ini tetap berterusan walaupun beliau hanya mampu terbaring di atas katil. Mesej Islam semasa sakitnya tetap sama dengan mesejnya semasa sihat. Hujjahnya tetap kuat dan teguh dalam berhadapan dengan paderi-paderi yang datang melawat.
Rujukan:
1. Islamonline.net
2. Wikipedia.org
3. http://www.ahmed-deedat.co.za
Korang bleh download buku-buku Syeikh Ahmad Deedat untuk tambah pengetahuan korang terutama untuk berbahas dengan orang2 kristian/bukan islam...
Sepanjang hayat dakwah beliau, Syeikh Deedat telah menghasilkan 20 buah buku yang telah diterjemahkan ke ratusan bahasa. Syarahan pertama beliau diberi tajuk “Muhammad (pbuh): Messenger of Peace”. Dari syarahan yang hanya sekadar didengari oleh 15 orang, pengikut Syeikh Deedat bertambah dan semakin bertambah mencapai angka jutaan. Syekh Deedat paling dikenali melalui sesi debat beliau dengan seorang paderi terkemuka Amerika, Jimmy Swaggart. Debat bertajuk “Is The Bible the Word of God” ini berlangsung di hadapan 8000 orang hadirin.

Pada 3 Mei 1996, Syeikh Deedat telah diuji Allah s.w.t dengan penyakit lumpuh. Oleh yang demikian, Syeikh Deedat telah hilang kemampuan untuk bergerak dan bercakap. Dengan hanya berbekalkan keupayaannya untuk menggerak mata, Syeikh Deedat meneruskan hayatnya sehinggalah Tuhan menjemputnya pada 8 Ogos 2005. Saat-saat hidupnya digunakan hanya-sanya untuk dakwah Islam. Usaha Syeikh Deedat ini tetap berterusan walaupun beliau hanya mampu terbaring di atas katil. Mesej Islam semasa sakitnya tetap sama dengan mesejnya semasa sihat. Hujjahnya tetap kuat dan teguh dalam berhadapan dengan paderi-paderi yang datang melawat.
Rujukan:
1. Islamonline.net
2. Wikipedia.org
3. http://www.ahmed-deedat.co.za
sumber: http://asshaff.blogspot.com/2006/02/syeikh-ahmad-deedat-manusia-yang.html
--------------------------------------------------------------------------------
Korang bleh download buku-buku Syeikh Ahmad Deedat untuk tambah pengetahuan korang terutama untuk berbahas dengan orang2 kristian/bukan islam...