Current updates:
Assalamualaikum . Blog saya telah ditukar kepada yang baru . Ni adress : danialfateh.blogspot.com . So , sila lah jenguk ke blog ni .

Monday, 14 October 2013

Pemergian Yang Ditangisi



Sabda Nabi S.A.W "man lam yahzan bimautil a'lim fahuwa munafiq"
Sesiapa yang tidak bersedih dengan kematian alim ulama' maka dia adalah munafik

MASJID Eman musnah berikutan serangan pengebom nekad yang meletupkan diri di dalamnya ketika umat Islam sedang menunaikan solat pada sebelah petang di daerah Mazraa, Damsyik, Syria. Kejadian itu mengakibatkan lebih 42 mangsa terbunuh termasuk ulama terkenal di kalangan warga Syria, Sheikh Mohammad Said Ramadan al-Buti, 84 tahun. - Foto AP

DAMSYIK: Serangan pengebom nekad di dalam Masjid Eman yang terletak di tengah-tengah ibu kota Syria awal pagi tadi (waktu Malaysia) meragut 42 nyawa termasuk ulama terkenal Sunni negara itu, Sheikh Mohammad Said Ramadan al-Buti yang difahamkan cenderung kepada rejim pemerintah. 

Serangan yang dilakukan pada sebelah petang itu menyaksikan pengebom nekad meletupkan dirinya sendiri ketika Mohamed al-Bouti sedang mengadakan ceramah agama untuk pelajarnya. 

"Jumlah kematian susulan serangan pengganas ini meningkat kepada 42 di mana 84 mangsa lain mengalami kecederaan.
Kematian Mohamed al-Buti disifatkan satu tamparan hebat kepada Presiden Bashar al-Assad, di mana beliau sedang berusaha menamatkan ancaman pemberontak di negara itu.
Datangnya Ulama' membawa Rahmat. Tanggal 21/03/2013 perginya seorang Ulama' terkemuka dunia dibawa bersama ilmunya. Dia dikurniakan Syahid tatkala di usia senja. Datangnya dinanti penduduk bumi, perginya ditunggu-tunggu penduduk langit.

Terlalu besar jasanya pada ummah ini. Dia adalah seorang Ulama' yang 'alim Rabbani. Semoga Allah merahmati dan mengampuni Al-Fadhil Syekh Dr Ramadhan Al-Buti al-Syahid, seorang Ulama' dari Syria.
Marilah sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah dan berdoa agar kita juga dikurniakan Syahid sepertimana pejuang-pejuang Islam yang ikhlas berjuang di jalan Allah. Al-Fatihah...
Sedikit Kisah...
Kata Al-Habib Ali-Al-Jufri "Aku telah menelefonnya dua minggu lepas dan beliau (Dr Ramadhan Al-Buti) berkata pada akhir kalamnya: "Tidak tinggal lagi umur bagi aku melainkan beberapa hari yang boleh dikira. Sesungguhnya aku sedang mencium bau syurga dari belakangnya. Jangan lupa wahai saudaraku untuk mendoakan aku."
Pada beberapa hari sebelum kewafatannya, beliau berkata "Setiap apa yang berlaku padaku atau yang menuduhku daripada ijtihadku, maka aku harap ia tidak terlepas dari ganjaran ijtihad" (yang betul mendapat dua ganjaran dan yang tidak mendapat satu ganjaran)
*Sheikh Ramadhan Al-Buti Syahid setelah dibom beberapa jam lepas di dalam Masjid Iman di Dimasyq. Beliau akhir-akhir ini mendoakan kehancuran kepada rejim Syiah Nusairiah, dan sedang dikawal ketat oleh pihak tentera. Dalam usahanya untuk keluar dari Syria beliau bersama pengikutnya dibom dan mendapat ganjaran Syahid.
Moga Allah merahmati dan memberi ganjaran yang sebanyak-banyaknya kepada Guruku dan Mujtahid Ummah Dr. Muhammad Said Ramadhan Al-Buti. Hidupnya sebagai ulama, matinya sebagai syuhada.
"Demi Allah.. Yang Tiada Tuhan SelainNya.. Aku berasa malu dengan Allah apabila orang mencium tanganku.

"Demi Allah.. Yang Tiada Tuhan SelainNya.. Aku berasa malu dengan Allah apabila orang mencium tanganku.


Biografi Ringkas Dr Sheikh Mohammad Said Ramadan al-Buti
Dr. Said Ramadhan Al-Buti dilahirkan pada 1929 di perkampungan JIlka, Turki. Apabila beliau berusia empat tahun, beliau telah berpindah ke Damascus, Syria . Pada tahun 1955, beliau graduasi dari Universiti Al-Azhar, Mesir dalam bidang keagamaan. Beliau pernah menjadi Dekan di Universiti Damascus pada tahun 1960-an sebelum melanjutkan pengajian di peringkat PhD di Universiti Al-Azhar dalam jurusan undang-undang Islam. Kini, beliau adalah pensyarah di Universiti Damascus dan bergiat aktif di dalam persidangan serta seminar di peringkat antarabangsa.
Sehingga kini, beliau telah menulis tidak kurang dari 40 buku dalam bidang kesusasteraan, falsafah, sosiologi dan keagamaan. Kecerdasan inteleknya terserlah di dalam kuliah-kuliah dan ceramah yang disampaikan di serata Syria. Sebagai seorang ahli akademik, beliau juga menganggotai Majlis Tertinggi Akademi Oxford, England dan ‘Royal Society of The Islamic Civilisation Researches’ yang berpusat di Amman, Jordan. Antara buku beliau yang terkenal adalah Fiqh Sirah yang menjadi rujukan di seluruh dunia.
Dua minggu lalu, salah seorang murid Dr. Said Ramadhan Al-Buti, Al-Habab Ali Al-Jufri berkata” Saya telah menelefonnya, beliau memberitahu: Tidak tinggal lagi umur bagiku melainkan beberapa hari yang boleh dikira. Sesungguhnya aku sedang mencium bau syurga dari belakangnya. Jangan lupa wahai saudaraku untuk mendoakan aku.”
Beberapa sebelumnya,  Dr. Said Ramadhan Al-Buti pernah membayangkan “Setiap apa yang berlaku padaku atau yang menuduhku daripada ijtihadku, maka aku harap ia tidak terlepas dari ganjaran ijtihad.”

Dalam sebuah rancangan TV, beliau pernah ditanya oleh pengacara, mengapakah beliau agak tegas melarang
orang mengucup tangannya. Lalu beliau menjawab dengan nada yang penuh sayu,
Kerana aku kenal diriku! Tuhanku bersifat Sittir.. Yang menutup (keburukan).. Aku tahu apa yg aku lalai..
berapa kali aku telah lalai di sisi Tuhanku! Tapi Tuhanku tidak mahu (keadaan) orang terhadapku melainkan
sesuatu yg positif. Dia menutup perkara yg lain. Dia sembunyikannya antaraku dan antaraNya. Baiklah, jika
seorang manusia datang... melihat perihal zahirku dan tidak pernah ternyata perihal batinku, dia tidak tahu..
tapi Allah tidak tahu?! .... Dan Allah 'azza wajalla melihat, (berkata) "Bukankah kamu buat begini, kamu buat
begitu?! ...." Inilah yg menyebabkan aku menghalang orang dari mengucup tanganku.."


Wallahualam

No comments:

Post a Comment