Current updates:
Assalamualaikum . Blog saya telah ditukar kepada yang baru . Ni adress : danialfateh.blogspot.com . So , sila lah jenguk ke blog ni .

Monday, 14 October 2013

Petua Melegakan Mata Ikan Di Mulut

Assalamualaikum..harap semua sihat-sihat belaka..hurmm..sebenarnya kan, dah berapa hari dah ni aku tak sihat..huhu..mula-mula sakit tekak, lepas tu batuk..selesema sikit..sekarang pulak kena ulser mulut!! huaaarrrr!!! semua penyakit yang disebutkan tu belum baik lagi..macam sudah jatuh ditimpa tangga pulak ye..hahha..

ulser...korang tau tak pe tu ulser mulut? orang melayu kata mata ikan/kudis dalam mulut..omputih kata canker sore/mouth ulser..nak tau bahasa perubatannya ke? hurmm..ulcer afta..kalau tak silap la..uhh..sakitnya...kalau tak tau jugak, cuba tengok gambar mulut siapa entah ni..mesti tau punya lepas tengok..hehehe


google images



haa, dah tau belum? semua orang pernah kena..jangan cakap tak pernah..memang mengancam la kalau kena ni..nak nak kalau dapat yang besar punya! 

setahu aku, ulser ni sebab kuman, kurang zat besi..folik tah pe benda...tapi kebiasaannya(pemerhatian aku la kan) sebab kawasan mulut kita panas..cuaca panas, kurang minum air..kadang-kadang, boleh jugak kena sebab tergigit dinding mulut, terus jadi mata ikan..ada orang kena kat lidah..

aku kena kat macam dalam gambar atas tu..dalam sikit..besar pun lebih kurang macam tu..mungkin sebab dinding bibir berlaga dengan braces yang aku pakai ni..kalau tak kuatkan hati, tak kuatkan iman, dah lama dah pengsan..sebab aku tak boleh tahan sakit.. hmm :(

sekarang ni, nak legakan sakit, aku minum air, simpan dalam mulut dalam 10 saat macam tu..dulu masa kecik, ibu aku suruh letak garam, gonyohkan kat gigi sampai putih-putih kat ulser tu hilang..lepas tu terus baik..punya la dalam proses yang sangat seksa tu, aku melalak jerit-jerit..tapi berbaloi..hahaha!

cara nak lega/sembuh kan..
1. beli je bonjela(nama ubat) kat farmasi untuk legakan sakit..ubat tiub tau..ahli farmasi tau la..
2. minum air banyak-banyak(cara terbaik)
3. tuam dengan ais/makan ais(eh, makan??)..nanti kebas je rasa..
4. sapu marjerin atau mentega kat mata ikan tu bila nak tidur malam
5. jangan makan makanan pedas(terutamanya) dan masam masa kena ulser ni..nanti lagi pedih..
6. letak garam kat mata ikan tu..sangat cepat baik..nak gonyoh kat gigi sampai putih-putih tu hilang boleh jugak..tapi amat tidak disyorkan..hehehe

kalau dalam 2 minggu tak baik juga, sila jumpa doktor anda untuk pemeriksaan kerana mungkin ada masalah lain dan sesiapa yang selalu sangat kena mata ikan ni(lepas baik 2 3 hari kena lagi dan berturut-turut) berpotensi mendapat kanser mulut(aku baca kat klinik pergigian)...harap dijauhkan la kanser-kanser ni..

No comments:

Post a Comment